Lost password?


Tips untuk livetweeting pada hari perkahwinan


Musim kahwin pertengahan tahun kembali lagi. Terutamanya pada akhir minggu ini, 3/6-5/6 adalah tarikh yang mana ramai dijangka akan bernikah/berkahwin termasuk rakan-rakan saya sendiri dan juga beberapa client weddingkami. Disini saya (tekong) ingin berkongsi pengalaman beliau untuk livetweeting pada hari perkahwinan. Sekiranya anda lebih banyak menggunakan facebook, tips sama juga boleh digunapakai.

Apa pentingnya #hashtag masa kahwin ni ?

Sekiranya anda sangat engage/menghargai follower/rakan-rakan online anda, #hashtag ini salah satu cara untuk mem-filter-kan berita anda dalam twitter streaming tersebut. Dan juga, kisah anda senang digoogle. Kecuali kalau anda jenis yang nak berahsia, tak payah hashtag ni. Aku pun masa bertunang, takde hashtag tp itu tunang. Dalam islam, pernikahan mestilah dihebahkan tapi terpulang pada pendapat masing-masing.

Tapi buat mereka yang perkahwinan disponsor ke apa, adanya hashtag ini membantu KPI anda terhadap pihak yang menaja.

Tips 1: Dapatkan pengapit untuk tweet bagi twitter account anda.


Perkara ini penting kerana kita yang nak berkahwin ni, segala macam perkara akan berlaku pada hari tersebut. Aku sendiri, pada hari pernikahan beliau, tertinggal songket. Tapi bukan sebab aku yang tweet tapi mmg dah tabiat tertinggal barang. Nasib baik member aku @edryfaizal bersetuju untuk jadi pengapit dan menggunakan account twitter aku. Lagi satu sebab kerana kebiasaannya follower kita yang nak tahu update kita. Jadi kalau pengapit tweet untuk account dia sendiri update pasal kahwin kita, tak kena gayanya. Jadi dapatkan pengapit yang dah biasa guna twitter gak, so dia tahu nak attach gambar semua tu.

Ya gambar disebelah diambil oleh edry faizal masa kantoi aku tinggal songket. Dan tak silap memang @icednyior pernah bertweet dia nak bridesmaid dia nanti macam edry hehe.

Tips 2: Buat hashtag khas untuk hari bersejarah anda

Kalau boleh, biar seminggu sebelum kahwin tu dah start tweeting hashtag tersebut. Aku dulu guna #tekongkawin rasanya bermula 3 minggu sblm kahwin. Sejurus selepas website kahwin dilancarkan. Tujuan hashtag tidak lain tidak bukan adalah senang nak filter tweet. Murah rezeki anda kalau anda betul2 femes, mungkin boleh trending, at least trending dlm malaysia. Sekiranya kita tahu ada rakan-rakan yang tak dapat hadir, just bitau diorang follow hashtag #[nama]kawin jadi at least ini boleh mengekalkan engagement anda dengan rakan yang jauh. Dan sebolehnya, letakkan hashtag anda dimana saja tempat yang senang orang nak nampak. Pada kenduri kahwin aku sebelah pompuan, sebab buat kat dewan, aku ada buat gambar agenda sebegini.

Dan untuk yg kahwin kat dewan, mungkin hiasan meja boleh diletakkan seperti kad aturcara yg disertai website dan hashtag

Tips 3: Foursquarekan majlis anda


Yang ini bergantung pada keputusan anda kerana lokasi melibatkan maklumat peribadi anda. Tapi kalau dewan, rasanya takde masalah nak sharekan. Kemudian lagi best kalau boleh buat Swarm Badge (50 foursquare user pada satu tempat) khas untuk kenduri anda. Cuma nak kena cari la mana 50 orang yg akan check in hehe. Teringat lagi masa nak jemput dulu, pernah terfikir utk jemput orang yg ada foursquare je hahaha.

Tips 4: Sediakan wifi untuk tetamu

Sudah tentu mereka yang datang ke majlis, kalau takde wifi macam mana nak tweet ? Sediakan sahaja wifi. Lagi banyak kemudahan tersedia, lagi senang untuk para jemputan mentweet acara kenduri anda :)

So harap-harap tips ni dapat membantu. kongsikan kisah anda juga ya :)

English version is here

Comments:


Comments

No Responses to Tips untuk livetweeting pada hari perkahwinan